Jumaat, 27 Januari 2012

"Rasulullah SAW Tokoh Seks Suci Islam"

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuhan yang Maha Baik. Mohon keampunan dan rahmat Mu Ya Allah. Mohon maaf, mohon izin daripada Rasulullah saw, Saiyidi Imamul Mahdi dan Putera Bani Tamim.

Moga tulisan ini mendapat perkenan dari Abuya, Saiyidi dan Rasulullah saw.

Orang Melayu suka kecoh. Sempena sambutan bulan Maulid 1433 Hijrah baru-baru ini, Kelab Taat Suami (KTS) menyambutnya dengan bertemakan “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam”.  Reaksi yang sudah dijangkakan. Kecoh. Ahli politik, agamawan rasmi dan ustaz-ustaz jumud terutamanya yang suka dan mula-mula kecoh.

Apa saja bila atas nama Allah dan Rasul adalah suci, mulia dan paling tinggi martabatnya termasuklah persoalan seks. Seks adalah sesuatu yang tinggi nilainya bila dibuat atas nama Allah dan Rasul.

Sebaliknya, apa pun perbuatan dan perjuangan yang tidak menepati kehendak Allah dan Rasul, itu semua adalah suatu kehinaan bahkan adakalanya menjadi kemungkaran dan maksiat!

“...Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” [An Nisaa’ : 1]

“...maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat.” [An Nisaa’ : 3]

Anjuran malah perintah agar berkahwin adalah dari Allah SWT. Puncak dalam alam perkahwinan adalah seks. Cubalah sesuatu perkahwinan dikenakan syarat tidak boleh berbuat seks, pasti tidak ada lelaki yang mau berkahwin! Ini bermaksud, tujuan utama perkawinan adalah seks. Seks yang suci, mulia lagi tinggi martabatnya. Sucinya seks itu kerana ianya dari Allah dan untuk Allah.

Benarkah seks puncak perkahwinan?

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” [Ali Imran: 14]

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki[1512], maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.” [Al Ma’aarij : 29-30]

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu,” [ Al Baqarah : 187]

“...Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” [Al Baqarah : 222-223]

Baginda Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan paling tepat dan paling terbaik dalam memahami, melaksanakan dan menghayati semua perintah, anjuran, larangan dan perkara yang diharuskan/mubah oleh Allah.

 “Barangsiapa mampu untuk bernikah, kemudian tidak bernikah, maka ia tidak termasuk umatku” [Thabrani dan Baihaqi]

“Nikahlah kamu agar mendapat keturunan dan menjadi ramai jumlahnya, maka sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu sekalian nanti di hadapan umat-umat lain” [Baihaqi dan Abdur Razaq]

“Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai di hadapan umat lain” [Abu Dawud, Nasasi dan Hakim]

Tidak dapat dinafikan lagi bahwa perkahwinan atau lebih tepat pernikahan dengan seks adalah sangat sinonim. Bila disebut nikah, maka fahamlah kita bertujuan untuk menghalalkan seks bagi pasangan suami isteri yang baru dijabqabulkan.

Dalam kata-kata yang lain, majlis perkahwinan sebenarnya adalah majlis untuk mengisytiharkan bahawa pasangan lelaki dan perempuan yang telah bergelar suami isteri itu akan melakukan seks! Seks yang suci!

Walimatul urus atau lebih tepat disebut walimatuddukhul, ialah majlis kenduri ringkas untuk meraikan pasangan suami isteri yang baru diijab-qabulkan. Majlis itu hendaklah diadakan setelah mereka melakukan hubungan seks kali pertama, hukumnya sunnat muakkad (sunat yang sangat dituntut).

Ini adalah berdasarkan pendapat Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i, Ibnu AsSubki dan juga Amru Abdul Mun’im Salim seperti berikut : "Seseorang hendaklah menyelenggarakan (mengadakan) walimah setelah ia berkumpul (bersama/bersetubuh) dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba’)

Masyarakat Melayu Islam kononnya penuh sopan tentang seks. Mereka menganggap persoalan seks sesuatu yang tertutup dan patut disembunyikan. Dalam ajaran Islam, persoalan seks merupakan antara cabang ilmu yang juga diperbahaskan secara terbuka. Islam hanya melarang suami isteri mendedahkan perlakuan seks mereka kepada umum.

Dalam dunia tanpa sempadan dan tanpa sekatan, perlakuan seks haram menjadi sentaja utama Yahudi menghancurkan jiwa umat Islam. Seks haram disuburkan dan ditaja semahu-mahunya manakala seks antara suami isteri dihambarkan dengan pelbagai dakyah dan doktrin.

Kejayaan Yahudi merangsang umat Islam khususnya terhadap seks haram tidak mampu dinafikan lagi. Kelahiran anak luar nikah, perzinaan dan persundalan, sumbang mahram, suami atau isteri yang bermain kayu tiga, lesbian, pengkid, homoseks, transeksual, bohsia, bohjan, call girl dan macam-macam jenis lagi sudah menjadi barah yang semakin parah dalam tubuh umat Islam.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi tidak terkecuali di Arab Saudi juga. Di persekitaran Mekah dan Madinah amat terkenal adanya sendikit pelacuran yang terdiri daripada kalangan wanita-wanita berniqab.

Urusan perkahwinan semakin dipersulitkan, manakala video dan web lucah boleh diakses sewang-wenangnya termasuk oleh kanak-kanak di rumah masing-masing. Inilah gejala yang cukup membimbang dan menakutkan. Apakah jalan keluarnya?

Rasulullah SAW yang menjadi contoh ikutan dalam segala aspek. Kenapa dalam hal seks seolah-olah Baginda dilupakan oleh para pendakwah, para ustaz, para ustazah dan para pejuang Islam?

Abuya melalui Bonda Ummu Jah membawa pendekatan tajdid. Rasulullah SAW dinobatkan sebagai tokoh seks suci Islam. Rasulullah SAW adalah tokoh unggul dalam semua aspek. Perkahwinan, kekeluargaan dan seks tentulah juga tidak terkecuali.

Ketokohan Rasulullah SAW dari sudut-sudut lain seperti dakwah, kepimpinan, kepewiraan, kebijaksanaan, ekonomi, pendidikan, pakar strategi, ketabahan, kecekalan, kasih sayang dan seumpamanya sudah lama diperjuangankan, bahkan sudah terbukti mampu dipraktikkan dalam jemaah dan masyarakat Islam contoh yang Abuya bangunkan.   

Maka Abuya yang sentiasa berada di hadapan dalam memperjuangkan Rasulullah SAW, kini menonojolkan “Rasulullah SAW Tokoh Seks Suci Islam”.

Kenapa Rasulullah SAW ditonjolkan dari sudut seks?

Pakar perang yang benar-benar berada di medan tempur yang faham strategi, taktik dan teknik bertempur. Peperangan Islam dengan Yahudi kini sedang berada di kemuncaknya, sebelum kedatangan pemimpin yang ditunggu-tunggu . Yahudi sedang menunggu Dajjal, manakala umat Islam sangat menunggu Imamul Mahdi.

Yahudi sangat terkesan dengan apa jua yang Global Ikhwan cetuskan. Merekalah yang terawal memberi respon melalui berbagai kaedah dan pendekatan. Kelab Taat Suami mereka kunjungi dan dekati melalui pelbagai saluran. Berduyun-duyun media Yahudi datang menemuramah ahli kelab KTS. Berita dan ceritanya diulang-siar berkali kali terutamanya di Perancis, German dan Britain. Kemuncaknya, Ariff Alfian yang lengkap berbaju Melayu, siap dengan tanjak ‘diijabqabulkan’ dengan seorang lelaki Inggeris dalam sebuah gereja. Beritanya disiarkan. Yahudi bermaksud menghina dan menyindir KTS. Orang awam tidak faham. Mereka yang tidak berperang, mereka tidak tahu apa maksud sebenar Yahudi.

Pejuang politik, mereka tidak bertempur dengan Yahudi melainkan mereka sendiri sudah terjerat dalam perangkap Yahudi. Mereka sedang menari mengikut rentak dan kehendak Yahudi. Yahudi cetuskan isu-isu politik untuk diperbesar dan diperbahaskan. Seluruh rakyat diheret dalam pertelingkahan ideologi. Hakikatnya sikap orang politik lebih banyak membawa masalah daripada membaiki masalah.

Seks suci perlu sangat dikembalikan kepada umat Islam. Siapakah yang paling layak menjadi tokohnya kalau bukan Rasulullah SAW?

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila terpesona ia kepada seorang wanita, maka jatuh hati (terbit keinginan)  kepadanya, maka hendaklah ia kembali (mengingati dan mendatangi) isterinya lalu berjimak dengannya. Maka sesungguhnya yang demikian itu boleh menolak apa yang terjadi (gelora) di dalam jiwanya.” [Muslim]

Hadis ini menerangkan bagaimana kaedah untuk mengelakkan diri dari seks haram. Begitulah dalam konteks memperjuangkannya ke tengah masyarakat. Maka untuk menggerakkan masyarakat umum agar beralih daripada seks haram tajaan Yahudi, KTS tampil mempromosi bertujuan mengingatkan dan mengembalikan keghairahan para suami dan isteri terhadap seks suci.  Tokoh yang paling layak dan tepat sudah tentulah Rasulullah SAW.

Yahudi menaja seks haram melalui artis-artis, peragawati-peragawati, pramugari-pramugari, selebriti-selebriti bahkan cikgu-cikgi jugak. Sebagai tindak balasnya, umat Islam perlu menaja seks halal dan tokoh yang paling tepat adalah Rasulullah SAW. Inilah peperangan. Inilah pertempuran. Sungguh sengit dan amat dahsyat.   

Tiada ulasan: