Jumaat, 24 Mei 2013

"Buah Beracun"

Kali ini cuba mencungkil hikmah sesuatu yang jarang diperkatakan. Ilmu ini adalah antara ilmu dalam pengajian terus bersama Yang Berbahgia Mulia Syeikh Nizamuddin Attamimi. Beliau menghuraikan hikmah-hikmah yang tersirat dalam ilmu sufi berdasarkan minda Abuya Ashaari Muhammad Attamimi.

Mungkin kalau nak diperkatakan terlalu banyak. Tapi kali ini cukuplah kita bincangkan sedikit dari yang terlalu banyak itu.

Di sekitar tahun 2000-2002 Abuya sering menerima tetamu pada sebelah petang iaitu selepas Asar. Kadang-kadang perbincangan dengan tetamu dibuat secara terbuka, adakalanya secara terhad kehadirannya. Maksudnya, kadang-kadang dibenarkan beberapa orang lain dijemput sama atau diberi peluang mana-mana team zon mengikutinya. Tetapi selalunya kehadiran adalah terhad.

Pada suatu petang dalam bulan Ramadhan, sekumpulan dari golongan  'khunsa' atau lebih mudah dikenali sebagai maknyah telah menjadi tetamu istimewa Abuya. Pendekkan ceritanya, ada beberapa soalan menarik yang diajukan kepada Abuya dan jawapan yang diminta adalah jawapan dari Tuhan.

Salah satu soalan yang nak dikongsikan di sini ialah yang berbunyi lebih kurang (maaf, mungkin berbeza sedikit dari ayat asal, tapi maksudnya lebih kurang sama), "Abuya, adilkah Tuhan jadikan orang seperti kami ini, pada zahirnya lahir sebagai lelaki, tetapi perasaan sebagai perempuan?"

Ringkasnya Abuya jawap begini, "Kesudahan hidup kita di Akhirat nanti hanya ada dua tempat. Satu tempat cukup indah yang tidak mampu diperkatakan atau dibayangkan keindahannya, manakala satu tempat lagi cukup azab, menderita, terseksa dan hina yang juga tak mampu nak dibayangkan keadaan sebenarnya yang begitu dahsyat. Maka untuk menentukan kita ke tempat mana, di dunia ini Allah uji. Semua manusia diuji. Yang kaya, yang cantik, yang berilmu, yang pandai, yang berkuasa dan begitu juga sebaliknya yang miskin, yang hodoh, yang bodoh, yang lemah dan yang hina pun diuji juga. Bagaimana Allah menguji kita?"

Abuya sambung lagi, "Iaitu senang ke orang kaya nak rasa kekayaan tersebut bukan dia punya, bukan kerana dia pandai berniaga atau dia rajin bekerja tetapi semuanya adalah Allah punya, Allah yang merezekikannya. Senang ke? Mulut boleh cakap, tapi hati nak rasa senang ke? Senang ke orang berkuasa nak rasa yang dia tidak ada kuasa apa-apa? Senang ke orang yang cantik nak rasa cantik tu bukan dia punya, lalu dia malu kerana diberikan kecantikan oleh Allah justeru dia sangat takut dan cintakan Allah. Senang ke? Susahkan?"

Kuliah Abuya tu sebenarnya panjang, tapi saya ringkaskan. Kesimpulannya Abuya kata,"Jadi begitu jugalah dengan kamu semua (maknyah yang menjadi tetau Abuya), dijadikan sebagai seorang lelaki, tetapi berperasaan sebagai seorang wanita. Hakikatnya kamu sedang diuji oleh Allah untuk berperasaan sebagai lelaki. Memang susah, tapi, kalau kamu berjaya, maka di situlah nilai seorang hamba yang tau bersyukur kepada Allah atas kejadiannya sebagai seorang lelaki, maka dia juga kena jadi lelaki" Cantik sungguh kupasan yang penuh berhikmah oleh Abuya.

Itu baru intro je. Sebenarnya kita nak bincangkan sudut yang lebih menjurus. Iaitu bagaimana kita nak memahami seni-seni dalam ucapan-ucapan mursyid. Sepanjang perjuangan Abuya, ramai anak-anak murid yang Abuya panggil dengan gelaran-gelaran yang muluk-muluk. Kadang-kadang kita rasa hairan. Tetapi tidak kurang jugak yang kita rasa kagum. Biasanya kita akan meraikan sebagai mana yang diraikan oleh mursyid. Cuma adakalanya, timbul juga rasa keliru. Konpius (confuse) kata generasi kini.

Jadi mari kita cuba ungkai kekeliruan itu, di sini, insyaAllah. Moga-moga Abuya pandu dan izinkan.

Bagaimana yang dikatakan kadang kala timbul keliru terhadap panggilan atau gelaran yang muluk-muluk oleh mursyid. Sebagai contoh, ada yang digelar sebagai "Biduan Negara" tapi akhirnya tidak bersama perjuangan, ada yang Abuya sebut-sebut, "Dia yang sentiasa di hati Abuya", tak lama selepas itu dia menjadi penentang Abuya pula, ada pula yang pernah mendapat jolokan "Orang Besar Tuhan", bahkan dikatakan dalam beberapa siri xpdc Abuya bahawa beliau itu bakal "Satria Peningit!" tapi akhirnya pernah hendak membunuh Abuya hanya kerana digugurkan jawatan.

Persoalannya, apakah maksud sebenar kata-kata mursyid? Jawapan yang paling tepat, "wallahu'alam bissawab"

Cuma marilah kita mencungkil hikmah-hikmahnya yang moga-moga dizinkan oleh Abuya. Dalam satu keterangan kitab sufi dikatakan bahawa,"Berhati-hatilah kamu dengan pujian para murysid (wali). Sesungguhnya pujian para wali itul adalah racun"

Betapa orang yang sering dipuji atau diangkat-angkat akan mudah perasan lebih berbanding dengan mendapat perasaan hamba. Jadi kalau mursyid memuji, berhati-hatilah, kerana itu adalah racun yang cukup berbisa.

Sepatutnya orang yang mendapat pujian mursyid akan takut untuk mengumandangkan pujian itu lebih-lebih lagi melobi-lobi menggunakan pujian tersebut. Tetapi pujian tersebut hendaklah dijadikan pemangkin kepada merasa malu dan merasa hamba kerana tidak layak dipuji sebegitu, lagi-lagilah oleh mursyid. Tapi mudah ke nak rasa hamba kalau yang puji kita itu adalah mursyid? Mudah ke?

Sebab itu dalam sejarah, hanya sepuluh orang sahabat sahaja yang disebut nama mereka yang telah dijamin syurga. Walaupun secara umum menurut hadis bahawa seluruh sahabat itu dijamin syurga kerana mereka bersahabat dengan Rasulullah saw.

Ada ulama menghuraikan bahawa yang sepuluh itu bighairihisab. Terus melompat masuk syurga. Tetapi sahabat lain itu dijamin syurga cuma mungkin ada yang cepat ada yang lambat sikit.

Marilah kita kaji sejarah mereka contohnya Syaidina Umar ra. Beliau pernah berkata,"Jika di Akhirat kelak semua orang diisytiharkan masuk syurga kecuali seorang, maka yang seorang itulah Umar" terus beliau menangis tersedu sedan. Begitulah jiwa dan hati orang yang dijamin syurga. Sedikit pun mereka tak rasa selamat apatah lagi berbangga dengan jaminan tersebut. Sedangkan yang menjaminnya adalah Rasulullah saw, sodiqulmasduq, benar lagi dibenarkan.

Tidak pernah kita terjumpa dalam sejarah yang  mengisahkan seperti contohnya Syaidina Umar mengherdik rakyatnya dengan berkata, seumpama ini, "Kenapa kamu ini terlalu jahat, tak mahu taat kepada aku, bukankah aku ini dijamin syurga?"

Begitulah rupanya orang yang benar-benar hati mereka selamat. Abuya selalu sebut, "Ada seorang itu dia akan jadi orang besar suatu hari nanti". Bila ditanya siapa orang yang dimaksudkan, Abuya kata, "Belum boleh disebut namanya, sebab takut dia rosak." Lihat, kalau benar-benar orang tersebut ada masa depan bahkan memang dia sedang dipersiapkan, Abuya cukup jaga, tak sewenang-wenangnya mencanang nama dia sebagai, "Si Anu atau Si Anu" Sebab Abuya tak mahu 'beliau' itu rosak. Cerita ini popular terutamanya diriwayatkan oleh isteri-isteri Syeikh Nizam.

Ini kita tidak. Baru orang raikan kita sikit, bukan sebab taqwa kita pun, tapi disebabkan ketaqwaan dan kemulian ayah atau datuk kita, kita pula yang kembang-kembang rasa bangga tak tentu pasal. Belum dijamin masuk syurga lagi. Baru ada harapan dapat 'subsidi' saja pun dah bangga giler. Dah bongkak tak tentu pasal. Sombong tak terkira. Kalau bercakap seolah-olah orang lain semua ahli neraka. Bagaimana agaknya kalau 'jenis ini' ada orang kompemkan dia masuk syurga? Na'uzubillah.

Dalam sejarah Rasulullah juga ada beberapa sahabat yang Rasulullah saw tunjukkan sikap 'tidak suka'. Sahabat Al Wahasyi ra, iaitu sebelum beliau Islam, semasa menjadi hamba Hindun telah membunuh Syaidina Hamzah ra  dalam peperangan Uhud sebagai tebusan untuk dimerdekakan dari sebagai hamba. Setelah beliau memeluk Islam, beliau sempat bertemu Rasulullah saw. Semasa pertemuan itu, sebaik sahaja mengenalinya, Rasulullah saw terus berpaling dan menundukkan mukanya ke lantai kerana tidak mahu menatap wajah Wahasyi ra. Rasulullah saw bersabda, "Pergilah kamu dari sini, Aku tidak mahu melihat kamu mulai hari ini"  Sejak itu sahabat Al Wahasyi telah membawa keyakinannya yang kental dan perasaan berbaik sangkanya kepada Rasulullah saw berhijrah dan berdakwah sehingga beliau syahid di luar jazirah Arab.

Cerita sahabat Al Qomah dengan ibunya sangat terkenal. Kebiasaannya guru-guru akan mengambil penafsiran dari sudut pengajaran sikap derhaka terhadap Ibu kerana Al Qomah mendahului isterinya dalam suatu peristiwa. Lalu Ibu Al Qomah berkecil hati. Semasa hendak meninggal, sahabat Al Qomah sukar mengucapkan dua kalimah syahadah. Berita tersebut sampai kepada Rasulullah saw lalu diperintahkan untuk mengumpul kayu api agar sahabat Al Qomah dibakar. Mendengar hal demikian, Ibunya terus memaafkan kesilapan anaknya. Maka selamatlah Al Qomah dengan mati dalam husnul khotimah.

Abuya pernah memberi penafsiran dari sudut lain pula. Iaitu, bila diancam dengan dibakar oleh api dunia sahaja pun segala kesalahan anak pada orang tuanya pun mampu dimaafkan. Ini menunjukkan bahawa adakalanya memang iman kita ini memang perlu diancam dengan hukuman yang boleh dilihat atau dirasai di dunia lagi.

Abuya selalu bawa cerita seorang wanita yang disebut dalam hadis sebagai ahli neraka walaupun beribadah malam dan berpuasa di siang harinya. Dengan suara yang tegas dan lantang Abuya  berkata "Yang bercakap itu sodiqul masduq, jadi confirm dia masuk neraka" Tapi selalunya Abuya akan sambung dengan satu ayat  pendek tetapi cukup terkesan di hati saya sehingga ke hari ini, iaitu, " kecuali dia bertaubat sebelum mati, ada harapan masuk syurga" kata Abuya.

Di sinilah huraian kata-kata ulama sufi yang sering diulas oleh Syeikh Nizam dalam pengajiannya kepada saya, "Bila tiada harapan, maka terbitlah harapan". Iaitu bila seseorang hamba sudah tiada harapan dengan Tuhannya akan seluruh kebaikannya untuk menyelamatkan dari neraka, maka bermunajatlah hamba tersebut, "Aku memang tidak layak untuk masuk syurgamu, tetapi aku juga tidak mampu menanggung seksa neraka Mu, Tuhan. Maka tolonglah taubatkan aku, Tuhan"

Rupanya adakalanya seorang mursyid menggunakan kaedah menghina dan mengaib untuk seorang muridnya supaya dengan itu mudah-mudahan dapat mengekalkan rasa hamba dalam dirinya. Memang! Kalau murid yang baru bertatih dipuji dan dipuja, pastilah akan rosak jiwanya.

Tersebut dalam kisah Syeikh Abdul Kadir Jailani, dalam satu pengajian beliau telah menghina seorang yang memang terkenal jahatnya di daerah tersebut. Sedangkan waktu Syeikh Abdul Kadir Jailani mengutuk-ngutuk orang jahat tersebut, beliau kebetulan lalu di belakang majlis yang dihadiri oleh orang ramai itu. Maka terdetiklah dalam hatinya berkata,"Rupanya jahat sungguh aku ini, sampaikan dalam pengajian Syeikh yang cukup mulia ini pun nama aku disebut-sebut olehnya."

Pendekkan ceritanya, mulai saat itu dia pun bertekad untuk berubah. Lalu dia berjumpa dengan Syeikh Abdul Kadir dan menyerah diri. Akhirnya beliau menjadi salah seorang wali besar di zaman itu. Tapi malangnya, saya terlupa nama beliau!?

Syeikh Tokku Paloh juga ada cerita tersendiri. Anak beliau yang mewarisinya, pada asal seorang yang sangat jahat. Terkenal dengan sikap berpoya-poya dan culas beribadah. Pada satu hari orang-orang kanan Tokku Paloh menangkap anaknya itu lalu dibawa ke hadapan Tokku Paloh lalu diadukan akan hal perangai anaknya. Tiba-tiba Tokku Paloh menjerit dengan sekuat hati,"Kalau begitu dia bukan anak aku" Sejurus itu juga anaknya pengsan. Berapa lama, saya terlupa. Sedar dari pengsan, terus dia berubah dan terus jadi alim. Akhirnya dia telah menjadi pewaris pengajian Tokku Paloh.

Kesimpulan di sini, ayat-ayat mursyid atau kata-kata mursyid mempunyai maksud yang berlapis-lapis. Berliku-liku. Lebih-lebih lagi ayat yang memang sukar difahami. Pujian atau gelaran yang muluk oleh mursyid bukan laluan mudah berbanding gelaran buruk atau hina. Mana lebih mudah nak dapat rasa hamba. Mana lebih mudah nak mengekalkan rasa hamba?

Dulu ada seorang pemimpin, dalam kuliahnya selalu sebut,"Kita kena rasa diri macam tahi!" Betul. Tapi senang ke nak rasa diri macam tahi. Cakap bolehlah. Nak rasa diri macam tahi, senang ke? Buktinya, ada seorang yang selalu ikut kuliahnya itu, walaupun perangai tak sampai le macam tahi, cuma banyak buat 'tahi' je. Dah buat 'tahi' banyak tempat. Sampai dapat gelaran "mr cek tendang" le. Harap-harap dia tu dah dapatlah mengekalkan rasa diri macam tahi.

Kalaulah ada seorang yang sanggup lumur badan dia dengan tahi, rasa-rasanya dia dapat ke rasa yang dia tu tahi? Saya rasa tak semudah itu. Biasanya kita akan rasa tahi tu tahi le, tapi kita tetap bukan tahi! Jadi bukan senang nak rasa diri tahi! Setuju tak?

Sebab itu, kalau mursyid beri gelaran yang buruk dan hina pada kita, jangan sekali-kali bersangka buruk dengan mursyid. Berbaik sangkalah. Yakinlah bahawa mursyid hendak selamatkan kita dari api neraka. Jadikanlah gelaran buruk tersebut sebagai pemangkin rasa hamba yang dibawa ke mana-mana dan bila-bila. Katakanlah selalu pada diri, siapalah aku ini, aku ini cumalah "Buah Beracun" saja.

Ingatlah wahai diri, seorang mursyid menghina sekali-kali tidak sama dengan seorang fasik menghina.

"BILA TIADA HARAPAN, MAKA TERBITLAH HARAPAN". Terimalah aku yang tiada mempuyai harapan ini, wahai Tuhan!

nota kaki: orang kampung dulu-dulu, manafaatkan buah beracun untuk 'memerangi musuh-musuh' tanaman atau untuk menuba ikan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takutlah dg Allah wahai nawi.kalau benar seorg itu merasa hamba,rasa hina,rasa berdosa,sekelumit pun dia takkan sempat mencari2 keburukan org apalagi bgt berani mendedah2kan aib org pd umum.kalau kita bnar merasa ahli neraka,mana sempat melihat aib org lain?hgga berani kita membuka semua aib org yg Allah sndiri ttup.Kita pula mnjadi jaguh nak mengatasi T yg sgt pengampun dan mnggu taubat2 hamba yg berdosa.A kata,aduh kalau T sntiasa d hati,manusia takkan sempat pun mengumpat.apalagi berani membuka satu demi satu aib org lain.sdgkan yg berhak menilai dan menghukum hanya Allah.takutlah wahai nawi.Gunalah blog utk bawa manusia pd A,pd Allah,bukan utk kepentgn diri.

Tanpa Nama berkata...

trime kaseh tuan nawawi, hanya Tuhan dpt membalas jasa baik tuan dlm menyatakan yg Haq... Ubat tu pahit buat pesakit, nak taknak telan aje, taknak telan simpanlah penyakit tu sampai bile², bila dah parah telanlah ubat yang pahit tu byk mana, takkan cepat sembuhnya, mahu² overdose then mudarat and die... AAAP.

PemburuJanji13 berkata...

Yg saudara diatas kenapa!? Xsebut nama sape2 pun.. Ini pngajaran dan panduan utk semua.. Nmpak sgt dgn kiasan pun xboleh nak terime teguran ape lagi kalau kne tegur depan2,itu yg merajuk.. Sampai menafikan kebenran,walaupun hati mndesak2 mngiyakan ini kebenaran,tp nafsu pun mndesak2 utk sombong.. Maaaf la kalau trkasar bhse,tp bile dah menentang ia perlu ditentang!!

Tanpa Nama berkata...

Terima ksh Sy Nawi, banyk panduan dan pgalaman dri Sy yg sgt berguna kpd kami tutama ana sbg remaja, moga ana direzekikan mjadi remaja pembela RSA dan WBUJ, hanya org2 yg kekal dlm perjuangan kebenaran ini mereka2 yg bersungguh2 baiki diri dan tiada kepentingan diri(rasa berbuat), org yg cpt melenting biasanya dia rasa berbuat hingga hilang rasa hamba

Tanpa Nama berkata...

.syukran atas ilmu yg sgt mempromosikan Abuya.membuka matahati kita utk melihat positif setiap apa yg dilakukan oleh Abuya..dulu,sekarang dan akan datang.setiap org yg berguru pasti akan bersedia utk dididik dgn cara apa sekalipun oleh mursyidnya..musyid bila berkata.mempunyai byk makna dan menjadi serampang byk mata..sasaran Abuya adalah hati kita...krn itu jugalah awal2 lg Abuya didik kita utk....Mengenal diri melalui rasa hati...