Khamis, 30 Mei 2013

Terima kasih semua...

Catatan popular bulan ini...

matahati  ·  Stats  ›  Posts
Entry
Pageviews
22 May 2013, 6 comments
6673
6 May 2013, 6 comments
4422
16 May 2013, 2 comments
2968
10 May 2013, 14 comments
2863
6 May 2013, 1 comment
2322
8 May 2013, 2 comments
2262
24 May 2013, 4 comments
2105
22 May 2013
1575
24 May 2013
941
14 May 2013
830


Terima kasih Allah, terima kasih Rasulullah SAW, Saiyidi Imamul Mahdi, Abuya Putra Bani Tamim dan Bonda Wasilah AR atas segala ilmu, panduan dan keberkatan yang tidak dapat ditukarkan nilainya dengan sebarang bentuk matabenda dunia.

Terima kasih di atas sokongan dan teguran dari semua pihak yang sudi melawat dan berkongsi sesuatu di sini. 

Kunjungan keseluruhan bulan Mei 2013 ( melebihi 50,000 kunjungan) antara yang tertinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya, namun saya yakin blog ini bukanlah satu-satunya blog yang menjadi perhatian, kerana masih banyak lagi blog kawan-kawan yang lebih aktif dan berkualiti. Blog matahati dipercayai salah satu alternatif kepada mereka untuk mendapatkan pandangan dari pelbagai sudut dalam menilai sesuatu perkara. Terima kasih.

Namun kesempatan ini sekiranya ada kebaikan dan pahala di dalamnya, maka semuanya dihadiahkan kepada mursyid tercinta Abuya Fatta Attamimi, juga Tuan Punya Aurad Muhammadiah, Saiyidi Syeikh Muhammad Abdullah AsSuhaimi. 

Kepada Baginda Rasulullah saw yang dirindui, moga kebaikan ini menjadi sebab beroleh rahmat dan syafaat baginda di Akhirat kelak. 

Hadiah ini juga diperpanjangkan kepada Bonda Wasilah AR dan juga kepada kedua ibubapaku yang telah banyak berjasa.

Tidak lupa juga dihadiahkan pahala tersebut kepada kawan-kawan seperjuangan (yang tolong sebar terutamanya) dan termasuk juga mereka yang peribadinya ada 'dicuit' dalam mana-mana tulisan di sini.

Sekian, ampun maaf zahir batin kepada semua.

Tiada ulasan: